SISTEM BAHASA

Tatabahasa : Penjodoh Bilangan

Nota
1.   Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan  kata bilangan.
2.  Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz,dan sebagainya.
3.  Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.
     
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya

batang
 Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya

biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya

cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya

das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam

ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya.

jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya

keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya

ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya

laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya

lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya

sikat
Untuk pisang

ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya.

utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

 Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:
1.          (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi  peraturan  yang telah ditetapkan.  (salah)
 (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan  yang  telah ditetapkan. (betul)
Penjelasan :  Ada kalanya penjodoh bilangan tidak  digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

 2.  (a)  Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat yang bernas. (salah)
      (b)  Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang  bernas.  (betul)
Penjelasan :  Penjodoh bilangan tidak diperlukan  untuk menghitung kata nama abstrak.

3.   (a)  Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan di rambutnya. (salah)
      (b)     Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)
Penjelasan :  Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat.

Tulis penjodoh bilangan yang sesuai..

1) Se ___________________ tiang lampu di tepi jalan itu telah tumbang.
2) Bapa Ali sedang menebang pokok dengan menggunakan se___________________ kapak yang
     tajam.
3) Ibu membelikan adik dua ___________________ stoking baru.
4) Saya telah makan tiga _____________________ kuih talam ubi di gerai Pak Dol.
5) Lelaki yang kejam itu memukul seekor anjing dengan se____________________ rantai basikal.
6) Orang kaya itu membeli se___________________ permata yang bermutu tinggi.
7) Sudin mengutip se_____________________ batu kecil lalu mencampaknya ke dalam sungai.
8) Pengganas itu telah menembak orang itu dengan menggunakan se ___________________ 
     senapang  automatik.
9) Saya hanya mampu makan beberapa ___________________ cempedak sahaja kerana perut saya 
     kenyang.
10) Sudin makan tiga ___________________ telur ayam separuh masak untuk sarapan.
11) Beberapa _________________ daun kering telah gugur dari pokok itu.
12) Se __________________ rantai emas telah diragut dari leher wanita itu.
13) Saya menerima se_________________ kad jemputan hari lahir daripada kawan baik saya.
14) Razali membeli se___________________ basikal di kedai itu.
15) Bapa menggali lubang dengan menggunakan se___________________ cangkul.

Latihan 1: Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah:
1.   Kakak Tina membelikan empat   (biji,buah,batang) pensel untuk adiknya.
2.   Mohd. Fikri memberikan susu kepada tiga (orang,ekor,buah) anak kucingnya yang baru lahir itu.
3.   Ayah membeli se (puntung,bilah,laras) pisau di kedai Pak Katon.
4.   Ibu menanam enam (rumpun,buah,biji) pokok serai di belakang rumah.
5.   Karangan itu panjangnya hendaklah tidak melebihi seratus (rangkap,patah,butir) perkataan.
 6.   Setiap bulan kami akan gunakan 4 (buku,batang,kampit) sabun untuk mandi.
7.   Abang belikan tunangnya se(gulung,utas,ulas) rantai emas.
8.   Setiap pelajar dikehendaki membeli sepuluh (helai,keping,buah) buku rampaian.
9.   Empat (buah,gelung,gulung) filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan kakak.
10. Zamri mempunyai dua  (helai,buah,utas) baju sukan.
11. Lidahnya kelu sehingga tiada se (buah,bentuk,patah) perkataan pun yang dapat dituturkan.
12. Cikgu Jasni meminta kami menulis nama di atas se (pucuk,keping,ulas) kertas.
13. Pihak polis telah melepaskan beberapa (das,dentuman,biji) tembakan ke arah penjenayah itu.
14. Ayah membeli dua (pasang,buah,batang) kasut sempena hari raya.
15. Di puncak Bukit Melawati terdapat beberapa (buah,pucuk,biji) meriam lama.
16. Pemandu itu memberhentikan keretanya serta-merta kerana terdapat se (batang,ketul,buah) batu 
      besar di tengah jalan.
17. Pak Kasim membawa pulang sepuluh (ulas,tandan,biji) buah mangga.
18. Tiga (bentuk,utas,pasang) cincin ibu telah hilang malam tadi.
19. Lembu Pak Tam diikat dengan menggunakan dua (utas,gulung,bidang) tali.
20. Beribu-ribu (manusia,orang,buah) penduduk Somalia mati akibat kebuluran.

Latihan 2: Isikan tempat kosong di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai.
1.  Lima _______ pokok telah tumbang akibat dipukul ribut.
2.  Pihak polis telah berjaya merampas se _______ pistol daripada penjenayah itu.
3.  Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa _______ tembakan ke udara untuk menyuraikan orang 
      ramai yang sedang melakukan demonstrasi jalanan.
4.  Ibu membeli se _______ payung dari kedai Muniandy.
5.  Abang telah membeli se _______ tanah untuk persediaan masa tua nanti.
6.  Ahli gusti itu selalu memakan lima _______ telur ayam setiap pagi.
7.  Pak Ngah mempunyai lapan _______ anak yang belum bersekolah.
 8.  Saya makan empat _______ nangka sebagai pencuci mulut selepas makan nasi.
 9.  Datuk ada menyimpan tiga _______ keris yang dipusakainya turun-temurun.
10.Setiap pagi saya makan dua  _______ roti bakar sebelum ke sekolah.
11.Perenggan ketiga itu mengandungi lima _______ ayat.
12.Abang memanjat lalu memetik lima _______ buah rambutan untuk kami.
13.Acapan menjual lapan _______ pisang kepada pemborong itu.
14.Nelayan itu mempunyai tiga _______ jala.
15.Kemalangan yang berlaku di simpang itu melibatkan empat _______ kenderaan.

Latihan 3: Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah:
1.  Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.
A. ketul                                                B. batang
C. buah                                 D. bungkus

2.  Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya.

A. buku                                                B.ulas
C. ketul                                 D. kerat

3.  Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.

A. rangkap                          B. perenggan
C. patah                               D. baris

 4.  Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru.

A. pucuk                              B. rumpun
C. kuntum                           D. bungkus

5.  Kami telah dinasihatkan supaya membawa empat _______ pensel ketika menghadapi peperiksaan.
A. bilah                                 B. pucuk
C. butir                                 D. batang

6.  Wanita itu telah kehilangan dua _______ cincin dan se _______ rantai emas.
A. utas ... gulung              B. bentuk ... buah
C. biji ... utas                      D. bentuk ... utas

7.  Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se _______ basikal dan dua _______ kasut sukan.
A. pasang ... biji                B.            buah ... pasang
C. biji ... buah                     D. buah ... bentuk

8.  Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua _______ lombong yang dijadikan kolam untuk menternak ikan.
A. batang ... buah            B. buah ... batang
C. batang ... butir             D. biji ... patah

9.  Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______ perkataan.
A. rangkap ... buah          B. baris ... baris
C. patah ... biji                   D. baris ... patah

10. Abang membeli lima _______ ikan emas dan tiga _______ daun plastik untuk diisi ke dalam
     akuarium.
A. buah ... helai                 B. ekor ... tangkai
C. biji ... kuntum               D. ekor ... tandan

 11. Untuk menyedapkan masakan, campurkan se _______ garam dan masukkan tiga _______ daun 
       pandan.
A. cawan ... helai              B. cubit ... rumpun
C. kilo ... keping                                D. cubit ... helai

12. Syarikat itu membeli se _______ tanah untuk membina sembilan _______ rumah bagi penempatan
      para pekerjanya.
A. bidang ... buah             B. ketul ... biji
C. bidang ... bentuk         D. buah ... buah

13. Kanak-kanak itu telah terjumpa tiga _______ peluru meriam lama yang tersorok di dalam se 
      _______ pokok buluh di tepi sungai.
A. butir ... rumpun           B. buah ... batang
C. biji ... pohon                  D. butir ... buah

14. Petang semalam kakak telah makan dua _______ kek dan minum tiga _______ air sirap di majlis 
       hari jadi kawannya.
A. biji ... gelas                    B. potong ... buah
C. potong ... gelas            D. keping ... biji

15. Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang emas yang 
      dikirimkan oleh nenek dari kampung.
A. butir ... sisir   B. biji ... tandan
C. buah ... biji     D. biji ... keping